11 Mac 2007- Pelancaran Program Ingin bersama rakyat telah diadakan di kampung Parit Rasipan, Parit Raja Batu Pahat yang telah dilancarkan oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hj Aziz (Parlimen Sri Gading). Turut hadir bersama Y.B Tuan Haji Ab. Aziz bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Parit Raja bersama isteri.
Program ini disertai oleh orang kampung dan masyarakat tempatan. Program ini adalah sebagai platform masyarakat tempatan untuk berjumpa pemimpin dan mengutarakan masalah mereka.
Atucara sepanjang program berkenaan :-
- Pada sebelah pagi senaman J-Robik bersama pemimpin dan rakyat.
- Majlis Perasmian oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hj Aziz (Parlimen Sri Gading)
- Majlis gotong-royong dirumah keluarga miskin di kampung Parit Rasipan.
- Majlis Penyampaian kepada warga miskin yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Ab Aziz bin Kaprawi.
- Pertandingan memasak dab mewarna yang telah dilakukan oleh penduduk kampung
- Pada sebelah petang Majlis Penyampaian dan cabutan nombor bertuah.
Gambar aktiviti sepanjang Program berkenaan:-