Bagi meningkatkan semangat kesukanan di kalangan penduduk di negeri Johor, satu rancangan khas mengenai info sukan telah diterbitkan dan akan ke udara menerusi JOHORfm.
Rancangan yang ditaja oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), kelab bola sepak Johor FC dan Johor Pasir Gudang akan ke udara pada setiap hari Rabu selama 30 minit bermula pukul 5.30 petang.
Peneferusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Neger, Aziz Kaprawi berkata, rancangan ini merupakan satu platform yang baik kepada peminat sukan negeri Johor secara umumnya untuk mendapatkan segala informasi dan maklumat mengenai aktiviti sukan yang sedang berlangsung melalui JOHORfm.
“Usaha MSNJ dan pasukan bolasepak Johor FC dan Johor Pasir Gidang menaja rancangan seumpama ini, mampu menarik minat pendengar kepada aktiviti sukan di negeri Johor khususnya dalam membentuk sokongan kepada kedua-dua pasukan bola sepak itu.
“Disamping itu, kegiatan-kegiatan di bawah keloaan MSNJ juga dapat diketahui umum menerusi rancangan info sukan ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan rancangan itu di JohorFM baru-baru ini.
Tambahnya lagi, dengan adanya rancangan ini ia akan dapat menyalurkan maklumat berhubung sesuatu acara sukan yang bakal atau sedang berlangsung dengan lebih jelas lagi.
Sementara itu, Penerbit Rancangan Info Sukan JOHORfm, Zainal Abidin Yusof berkata, komen daripada pendengar terhadap rancangan itu diperlukan untuk memantapkan lagi pengisian isi kandungan rancangan terbabit.
“Saya hrap rancangan ini mampu mencapai matlamatnya untuk merancakkan lagi perkembangan sukan di negeri Johordan pemangkin kepada kesedaran tentang perjuangan Atlet Johor dalam SUKMA 2008 di Terengganu Kelak.”
Artikel diambil daripada akhbar KOSMO 4 April 2007