Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Ogos 2006

 11-13 Ogos 2006 (Jumaat-Ahad)

Kerajaan Negeri johor Darul Ta’zim telah memperkenalkan Program “Jumpa Orang Muda” atau ringkasnya JOM dan telah mewujukan JOM CENTRE (UNIT BERGERAK) mulai tahun 2005 bagi memantapkan pembangunan belia di negeri ini. Ia juga bertujuan menemui seramai mungkin warga ermaja dan belia dengan pendekatan Mesra Belia untuk menyampaikan segala program kerajaan kepada belia.

Objektif

  • Menyebarkan maklumat -maklumat dan program-program kerajaan kepada para belia
  • Mempromosikan pelbagai program dan mengembelingkan semua program belia daripada pelbagai ASgensi Kerajaan, Badan-badan Bekanun dan NGO’S
  • Mengikis pandangan negartif masyarakat terhadap belia
  • Melahirkan Masyarakat Belia yang bermaklumat dan peka kepada peluang pendidikan , latihan kemahiran,kerjaya ,motivasi, aktiviti belia dan sukan serta pembangunan diri
  • Meningkatkan  penyertaan dan penglibatan dalam berpersatuan

Tarikh dan Tempat Perlaksanaan

Tarikh : 11-13 Ogos 2006

Tempat :Perkarangan Dalam dan Luar Mini Kompleks Sukan Mersing

Kumpulan sasaran

  • Belia tidak berpesatuan(15.40 tahun)
  • Belia menganggur (tiada pekerjaan)
  • Ahli-ahli persatuan belia
  • Profesional muda
  • Pelajar-pelajar sekolah
  • Penuntut IPTA/IPTS
  • Penggerak Belia
  • Ibu Bapa
  • Pemimpin masyarakat
  • Agensi Kerajaan
  • Agensi Swasta
  • Masyarakat Tempatan

Pengisian Aktiviti Jom Centre

  • Pameran Agensi Kerajaan/Sektor NGO’S
  • Pameran sektor IPTA/IPTS
  • Sehari bersama Selebriti (Jaguh Sukan,Artis,Ikon Remaja dan lain-lain)
  • Aktiviti Sampingan

img_2097.jpg img_2119.jpg img_2089.jpg img_2094.jpg img_2099.jpg img_2104.jpg img_2115.jpg  img_2108.jpg

img_2100.jpg img_2099.jpg

Read Full Post »

13 Ogos 2006- Majlis Perasmian Warna-Warna Merdeka Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke 49 telah diadakan di Novo Park, Jalan Zabedah, Batu Pahat, Johor telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Ab Aziz Bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor.Antara tetamu yang turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi Belia 4B Cawangan Johor Bahru, Md Sharuddin bin A. Rahim Pengerusi Belia Gerakan 4B Cawangan Batu Pahat, peserta-peserta dan para jemputan.

Dalam ucapan Yang Berhormat, beliau mengucapakan syabas dan taniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini sempena bulan kemerdekaan.Jesteru itu, Yang Berhormat turut gembira kerana pertandingan warna-warna merdeka sempena hari kemerdekaan malaysia yang ke- 49 menarik perhatian khususnya kanak-kanak.ini juga dapat memberi peluang kanak-kanak memperingati para perjuangan dalam memperjuangkan tanahair kita yang telah dijajah oleh potugis,belanda, british dan jepun.

Pertandingan tersebut terdiri daripada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan kanak-kanak yang bersekolah tadika.Pertandingan warna-warna merdeka yang diadakan akan membina dan melatih kanak-kanak yang akan tahu hari kemerdekaan. Di samping itu ia juga merupakan alat perpaduan dan semangat cintakan tanahair.oleh itu, hari kebangsaan yang kita sambut saban tahun, bukan sekadar satu perayaan atau cuti umum, tetapi kita memahami dan menghayati erti kemerdekaan. mungkin sukar untuk sebahagian besar daripada kita memahami erti sebenar kemerdekaan.

Diakhir majlis Yang Berhormat dengan sukacita merasmikan majlis perasmian warna-warna merdeka sempena hari kemerdekaan malaysia yang ke 49 dan turut menyampaikan hadiah kepada para peserta pertadingan berkenaan.

Read Full Post »

Wakil Rasmi Pembukaan Kejohanan Golf “RSA International Inter-team Club Championship 2006” (Royal Johor Country Club, Jalan Larkin, Johor)

7 OGOS 2006- Perasmian Pembukaan Kejohanan Golf “RSA International Inter-team Club Championship 2006” bertempat di Royal Johor Country Club, Jalan Larkin, Johor pada pukul 6.00ptg.Wakil Perasmian berkenaan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Ab Aziz Bin kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negri Johor.Antara tetamu yang hadir ialah Yang Berhormat Dato’ Leong Hin Nin Naib Presiden Royal Johor Contry Club, Yang Berhormat Dato’ Sheikh A. Hardy Ahmad Kapten Royal Johor Country Club, Mr. Kee Tuck Chew Wakil Presiden Malaysia Golf Assocition, Mr. Micheal Wong Timbalan Pengurus Besar Royal & Sun Alliance, Ahli-ahli Jawatankuasa Royal Johor Country Club & Malaysia Golf Association, Ketua-ketua Jabatan, Para Perwakilan dari Kelab-Kelab Golf seluruh Malaysia.

Dalam ucapan, Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua pegawai-pegawai dan peserta-peserta Kejohanan Golf antara kelab Kelab-kelab Malaysia Peringkat Kebangsaan ke Negeri Johor Darul Ta’zim dan beliau berharap semua pegawai-pegawai dan peserta-peserta akan menikmati layanan mesra Royal Country Club selama kejohanan ini.Beliau Juga mengucapkan syabas kepada Royal Johor Country Club kerana telah mengambil insiatif untuk mengelolakan kejohanan ini bagi pihak Malaysian Golf Association.

Selain itu, Royal Johor Country Club merupakan salah satu kelab golf di negeri Johor yang banyak memainkan peranan untuk memperkembangkan lagi permainan golf dikalangan remaja-remaja negeri Johor.Junior Golf Development program yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor pada bulan Ogos 2005 telah banyak mencungkil bakat baru di antara Club kerana telah mengambil insiatif dalam program ini.

Beliau juga berharap agar semua pemain-pemain akan menunjukan mutu permainan yang tinggi dalam kejohanan ini kerana ia merupakan satu kejohanan yang premier di dalam Kalender Malaysian Golf Associations dan pada petang Yang Berhormat Tuan Hj Ab Aziz bin Kaprawi merasmikan kejohanan Golf berpasukan anatar kelab-kelab di Malysia kali ke-13.

Read Full Post »