Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for September 2006

15-17 September 2006-Program Mutiara Kasih Rakan Muda Batu Pahat 2006 Sempena Kembara Mahkota Johor 2006 bertempat di Sekolah Kebangsaan Parit Raja, Batu Pahat telah dirasmikan oleh D.Y.A.M Tunku Mahkota Johor pada 15 September 2006.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:-

  • Pameran dari agensi- agensi kerajaan (peluang kerjaya ,pendidikan, kemahiran dan keusahawanan.
  • Pameran IPTA/IPTS
  • JOM CENTRE
  • Kaunter Semakan saman PDRM
  • Kounter aduan/pertanyaan/bayaran/TNB
  • “Walk-IN Interview” (Jabatan Tenaga Kerja)
  • Forum intergrasi perdana bersama kumpulan “hijjaz”
  • “Rewang”
  • Kempen Derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma
  • Pertandingan kugiran rakan muda
  • Pertandingan motosikal Honda/Skuter
  • Pameran auto saloon”perdana v6″
  • Pertandingan/demonstrasi tinju
  • Pocket Bike
  • Sukaneka
  • Pertandingan Pantun/mewarna/karaoke/memasak
  • Persembahan artis jemputan
  • Persembahan kebudayaan
  • Persembahan live band pusat kegiatan rakan muda batu pahat
  • Konsert Belia Benci Dadah bersama rombongan Kembara Mahkota Johor 
  • Kursus asas menunggang kuda

program berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor , Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Johor, Pejabat Daerah Batu Pahat, Pejabat Belia dan Sukan Batu Pahat, JPMM DUN Parit Raja. Artis jemputan yang turut hadir ialah Fazley, bandi Amuk, kumpulan UNIC, Kumpulan Target.

 p1010179.JPG p1010478.JPG p1010484.JPG p1010491.JPG

 p1010497.JPG dscn0459.JPG dscn0445.JPG dscn0409.JPGdscn0409.JPG dscn0397.JPG dscn0395.JPG

Read Full Post »

KOTA TINGGI– Kembara tahunan mesra rakyat, Kembara Mahkota Johor (KMJ)2006 diketuai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sulta Iskandar berlepas dari sini pagi semalam untuk menjelajah semua lapan daerah di negeri ini selama empat hari hingga Ahad ini.

Perlepasan kembara 30 buah motosikal nasional , Jaguh, dengan diiringi 50 kereta daripada jabatan kerajaan itu dilakukan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Dataran Kota, Disini kira-kira pukul 9.05 pagi.

Tunku Mahkota bersama isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris menaiki kereta, manakala Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris mengetuai konvoi bermotor.

Abdul Ghani dalam ucapan ringkasnya berkata KMJ yang telah diadakan sejak 2001 bertujuan untuk bermesra dengan rakyat dan peluang meninjau pembangunan negeri Johor.

Rakyat memang sentiasa berterima ksih atas pemerhatian yang diberi kehadiran KMJ adalah untuk menyatakan terima kasih atas sokongan yang diberi selam ini”,katanya.

Terdahulu, ketibaan Tunku Mahkota bersama isteri, Raja Muda Johor dan anakanda di Dataran Kota di sambut meriah oleh barisan Exco negeri dan orang ramai dengan paluan kompang serta perarakan bunga manggar.

Tunku Mahkota yang diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail kemudianya melancarkan Kempen Rakan Cop dio dataran tersebut.

Kembara yang bakal melalui perjalanan sejauh 920 kilometer itu bakal memberi tumpuan kepada golongan belia seterusnya ke Felda bukit Besar.
Tunku Mahkota kemudian melepaskan peserta Demonstrasi Pertujukan dan Pertandingan Motocross di Felda tersebut.

Seterusnya, Tunku Mahkota merasamikan majlis penamaan Jabatan Md Lazim di Tanjung Sendeli, Kota Tinggi. Hari ini beliau dijadual menyampaikan Watikah Tamat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Sekakap, Mersing.

Tunku Mahkota juga akan melawat Penjara Kampung Gajah, Kluang sebelum merasmikan Masjid Al-Muhaimin di kampung yang sama selain melancarkan Kempen Satu Rumah Satu Peti Rawatan di Batu Pahat juga majlis berkhatan beramai-ramai diKampung Paya Pulai, Segamat.

Beliau turut dijadual beetemu pelatih Pusat Serenti di Bukit Gambir, Muar selepas mersamikan Maktab Rendah Sains Mara Muar.

Rombongan seterusnya akan ke Jeti Kukup, Pontian sebelum dijadual berakhir kira-kira 5.30 petang Ahad ini di Dataran Cahaya Majlis Pembandaran Kulai.

picture-003.jpg picture-002.jpg picture-001.jpg picture.jpg      

Petikan diambil daripada akhbar Kosmo Jumaat 15 September 2006  

Read Full Post »

Futsal Kosmo

2 September 2006Majlis Pelancaran Pertandingan Pusingan Keenam KOSMO!-XFRESH Futsal League 2006 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat  Tuan Hj Ab Aziz bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor pada 2 September 2006 bertempat di Soccer Extreme Johor Bahru, Johor.

Dalam Ucapan Beliau, beliau mengucapakan taniah kepada kumpulan utusan dan stesen radio XRESH dibawah pengurusan Airtime Managment & Programming Sdn.Bhd atau singkatan AMP kerana telah berjaya menganjurkan KOSMO! XFRESH Futsal League sekali lagi pada tahun ini. Kemunculan Liga ini pada tahun lalu adalah tepat apada masanya ketika minat terhadap sukan ini sedang memeuncak dan menjadi kegilaan muda-mudi khususnya remaja.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan  terima kasih kepada KOSMO dan XFRESH kerana telah memberi peluang kepada remaja-remaja di negeri ini untuk turut serta menyertai sukan yang popular ini. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan mutu sukan dan pretasi  ahli-ahli sukan tempatan dengan melibatkan lebih ramai golongan belia dan remaja bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan. Beliau berharap di negeri Johor ini lebih banyak lagi pasukan dapat menyertai liga ini memandangkan KOSMO! dan XFRESH telah pun meluaskan penyertaannya daripada bawah 15 dan bawah 19 tahun pada tahun lalu kepada bawah 16 dan bawah 21 tahun pada liga tahun ini.Langkah memperluaskan kategori ini bukan sahaja memberi peluang kepada lebih ramai remaja untuk menyertai liga ini tetapi juga menggalakan pasukan yang bertanding pada tahun lalu untuk mengambil bahagian sekali lagi pada tahun ini.

Beliau juga yakin dengan dorongan yang berterusan, liga ini dapat mencapai tahap yang membanggakan dan pada pagi itu Yang Berhormat Tuan Haji Ab Aziz bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor Merasmikan Majlis Pelancaran Pertandingan Pusingan Keenam KOSMO1-XFRESH Futsal League 2006  dan majulah sukan untuk negara.

1.jpg 2.jpg 3.jpg 6.jpg 7.jpg 

10.jpg 11.jpg 131.jpg  15.jpg 17.jpg 19.jpg 20.jpg 21.jpg24.jpg 25.jpg 26.jpg 27.jpg 

28.jpg 71.jpg

Gambar-gambar diatas diperolehi daripada www.xfresh.com 

Perlawanan berlangsung pada 2 dan 3 September 2006

Read Full Post »