Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2006

BATU PAHAT 29 oKT.- Persembahan bersahaja berunsur jenaka oleh selebriti popular Jaafar Onn memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Abd. Aziz bin Kaprawi di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja dekat sini malam tadi.

Lebih 3,000 orang yang mengunjungi rumah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja itu terhibur dengan coleteh dan dedangan lagu raya oleh artis tersebut.

Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan pasukan kebudayaan dan kugiran di bawah selian Pusat Kegiatan Rakan Muda Batu Pahat selain pertunjukan bunga api.

Bagi menarik perhatian pengunjung, Abd. Aziz dan isteri, Sabriah Tukimin turut menganjurkan pertandingan menganyam ketupat dan kuiz bagi kanak-kanak di samping memberi duit raya.

Abd. Aziz ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa bangga dan bersyukur kerana majlis tersebut mendapat sambutan menggalakan.

Beliau berkata, sokongan penduduk kampung serta masyarakat Parit Raja membuatkan beliau bersemangat untuk mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri pada setiap tahun.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz bersama isteri, atin Azizah Zakaria , ADUN Semerah, Datuk Ariss Samsudin dan isteri Datin Faridah Mohd. Khalid, ADUN Kemelah, Ayub Rahmat bersama isteri dan Rektor Kolej Universiti Teknologi Tun Hissien Onn (KUiTTHO), Prof. Dr. Ismail Bakar.

Keratan diambil daripada akhbar Utusan Isnin 30 Oktober 2006

Read Full Post »