Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for November 2006

KEHADIRAN penyanyi dan pelakon terkenal, Jaafar Onn, menghiburkan lebih 3,000 pengunjung ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Abd Aziz Kaprawi, malam kelmarin.
Majlis yang berlangsung di kediaman Abd. Aziz di kampung Parit Julotong, Parit Raja, Batu Pahat, Turut dihadiri bebrapa orang kenamaan seperti Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Muhammad Aziz.
Selain dihiburkan dengan celoteh serta nyayian beberapa lagu oleh jaafar, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hidangan seperti kambing panggang, nasi beriani serta minuman.
Abd Aziz dan isterinya, Sabariah Tukimin, turut menggunakan kesempatan majlis rumah terbuka itu untuk beramah mesra dengan penduduk dalam DUN Parit Raja.

Keratan diperolehi daripada akhbar Metro 30 Oktober 2006

Advertisements

Read Full Post »