Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Disember 2006

BATU PAHAT- Jabatan Parit dan Saliran (JPS) diminta lebih kerap membersihkan kawasan parit dan tali air yang dipenuhi rumput untuk melancarkan aliran, ekoran banjir kilat yang melanda beberapa buah kampung di Parit Raja semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Aziz Kaprawi berkata, beberapa parit dan tali air  yang dilawati banyak yang tidak lancar aliranya dan menyebabkan tersekat.

Katanya, keadaan ini antara punca banjir. Jika tidak tersekat oleh rumput yanbanyak, aliran  air dapat bergerak dengan lancar.

“Saya harap, JPS dapat melakukan kerja-kerja pemberihan sekerap mungkin.

“Aapbila rumput dah banyak, sampah pun mula berkumpul dan menghalang arus”.\, katanya ketika menyampaikan bantuan makanan dan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir di Parit Raja, di sini malam semalam.

Menurut Aziz, seramai 40 keluarga terpaksa dipindahkanke empat penempatan sementara  di Sekolah Agama Pintas Raja, Kompleks Penghulu Mukim 8 dan Balai Raya Parit Bengkok Ulu Senggrang.

Air di kampung tersebut naik setinggi lebih satu meter sehingga lewat pagi.

“Buat masa ini, keadaan  masih terkawal. Cuma apa yang saya lihat, balai raya tidak sesuai dijadikan tempat penempatan sementara kerana masalah tandas,” tambahnya.

Bercakap tentang bantuan kerosakan, Aziz berkata , peruntukan membaiki rumah yang rosak boleh diperoleh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jumlah peruntukan  bergantung kepada kerosakan.

Saya selaku Adun akan membantu peralatan akan membantu peralatan sekolah yang rosak,” katanya.

Keratan diambil daripada Akhbar KOSMO 21/12/2006

Photobucket - Video and Image Hosting

Read Full Post »