Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Februari 2007

Photobucket - Video and Image Hosting

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Sri Gading Kali ke-26 tahun 2007 telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Ab. Aziz bin Kaprawi Exco Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Naib Ketua Umno Bahagian Sri Gading.

Antara aktiviti yang diadakan pada 10 Februari 2007:-

Acara merentas desa,

href=”http://photobucket.com/” target=”_blank”>

Photobucket - Video and Image Hosting

Sukantara 15-16 Februari

Photobucket - Video and Image Hosting

Sukantara

Read Full Post »

Oleh ASRON MUSTAPHA

Johor membuktikan kehebatan dalam sukan tinju apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Tinju Amatur Antarabangsa Sijori di Batam, Indonesia dengan mememungut empat pingat emas daripada 6 aksi akhir.

Apa yang lebih membanggakan ialah skuad yang dihantar untuk membawa cabaran tersebut merupakan petinju pelapis yang akan membawa cabaran Johor pada sukan Malaysia (SUKMA) di Terengganu tahun depan.

Skuad yang mendapat jolokan Hraimau Selatan yang mewakili Malaysia A dalam kejohanan itu, turut melakar sejarah apabila Mohd Ali Karim, 17, muncul sebagai petinju berpengalaman dan pemenang pingat Perak Sukan SEA di Manila, Rionando Butar Butar dari Indonesia pada aksi akhir yang mendebarkan.

Pingat emas Johor disumbang oleh Jayaraman Suriamurti, 18, kategori 45 kilogram) Faizal Mat Noor 22, (Kategori 64 Kilogram), Prabakaran Balo, 18,(kategori 69 Kilogaram), sementara dua perak pula disumbangkan oleh Mohd. Ali Karim , 17, (kategori 51 kilogram) dan awang Afendi , 19, (kategori 54 kilogram).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Aziz Kaprawi berkata, skuad Johor kini berada di landasan yang terbaik untuk meraih lebih banyak kejayaan pada Sukma akan datang berbanding dua emas yang diraih pada temasya lalu di Kedah.

“Kejayaan ini membuktikan kerjasama yang erat antara Persatuan Tinju Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dalam membentuk atlet pelapis yang bakal mengharumkan nama negara di masa akan datang.

“Kemenangan ini juga membuktikan kesungguhan Johor membangunkan sukan untuk mencul sebagai kuasa sukan menjelang tahun 2010,” katanya semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Tinju Johor, Mohd Harun Ismail menjelaskan kejohanan Sijori itu merupakan satu pendedahan awal kepada petinju muda negeri ini.

“Kami pada awalnya tidak meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan kerana sedar cabaran hebat daripada pasukan Indonesia tetapi bersyukur kerana daripada enam aksi akhir empat membuahkan emas,” ujarnya.

Artikel diambil akhbar KOSMO 28 Februari 2007

href=”http://photobucket.com/” target=”_blank”>Photobucket - Video and Image Hosting

Read Full Post »

BATU PAHAT 26 Feb- Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang akan menjadikan kelab-kelab sukan di kawasan itu sebagai wadah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin belia di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri-nya, Datuk Shamsul Bahri Jumari berkata, buat masa ini terdapat 35 buah kelab sukan yang bergerak cergas di kawasan itu menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya sepak takraw, futsal dan bola keranjang.

Katanya, daripada jumlah tersebut diharapkan dapat melahirkan sekurangnya-kurangnya 50 pemimpin dikalangan belia.

“Kita mahu melahirkan kepimpinan di peringkat kelab yang dapat memahami inspirasi remaja,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Anugerah pertandingan Sukan Kelab-Kelab Johor DUN Semarang 2006 di Ayer Hitam di sini malam semalam.

Menurutnya Shamsul Bahri lagi, dengan tertubuhnya banyak kelab sukan di DUN Semarang, beliau yakin ia akan menarik lebih ramai ahli terdiri daripada golongan belia menyertainya.

Beliau berkata, secara tidak langsung ia akan meningkatkan penglibatan belia di dalam persatuan sekali gus mengembangkan program keilmuan dan menerapkan nilai-nilai yang baik.

Mengenai soal usia, shamsul Bahri berpendapat pemimpin di peringkat itu tidak perlu dihadkan umur mereka mahupun membataskan kepada golongan profesional.

Beliau berkata, apa yang penting ialah sesiapa sahaja yang dipilih itu perlu mempunyai daya kepimpinan dan boleh diterima oleh golongan belia.

Dalam hal ini, katanya, pemimpin-pemimpin yang bakal dilahirkan itu kelak akan lebih komited dalam menggerakkan aktiviti di peringkat akar umbi.

“Adalah diharapkan usaha ini akan mendapat sokongan daripada pejabat belia dan kementerrian berkaitan,” katanya.

Shamsul Bahri berkata lagi, kelab-kelab sukan tersebut juga mempunyai potensi untuk dikembangkan kepada biodang-bidang lain khususnya keusahawanan.

Artikel diambil daripada akhbar Utusan 27 Feb 2007

Read Full Post »

JOHOR BAHRU 25 Feb- Generasi muda perlu mempertahankan sebarang seni warisan dan budaya negara ini daripada dikusai oleh negara luar pada masa hadapan.

Sambil merujuk sukan silat, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Aziz Kaprawi berkata, jika generasi muda mengambil remeh mengenai perkara ini, tidak mustahil pada satu hari kelak terdapat negara yang sebelum ini tidak mempunyai seni bila diri itu lebih hebat daripada negara sendiri.

Menurutnya, peringatan ini adalah untuk semua peringkat supaya mereka boleh terus mengekalkan kualiti dan displin dalam seni bela diri itu agar tidak jatuh ke tangan negara luar.

“Dahulu negara kita dianggap sebagai sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain bola sepak yang baik dan banyak memenangi perlawanan.

“Tetapi sekarang, kita langsung tidak menonjol sebaliknya negara yang kecil seperti Singapura boleh menjadi kuasa bola di Asia Tenggara ini,” katanya ketika berucap menutup Kejuaraan Silat Tertutup Bandaraya di sini hari ini.

Hadir sama adalah Datuk Rashidi Mohd. Noor bagi mewakili Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) yang juga menteri besar Negeri Sembioan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Kejohanan selama enam hari bermula pada Selasa lalu itu disertai negeri-negeri di seluruh Semenanjung dan kategori yang dipertandingkan kali ini ialah reamaja berusia 14 hingga 17 Tahun.

Dalam Kejohanan tersebut, Pahang dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan seorang peserta negeri itu diumumkan sebagai silat terbaik yang sekali gus melayakannya untuk menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa di Singapura.

Sehubungan itu, Aziz mengigatkan pihak yang terbabit dengan seni silat itu supaya menggunanakan pendekatan sains sukan untuk terus meningkatkan pesilat-pesilat negara.

Katnya, pertubuhan atau persatuan seni membela diri itu boleh menjalinkan kerjasama dengan mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta untuk mencari teknik yang terbaik meningkatkan pretasi atlit-atlit negara.

Tambahnya, dengan menggunakan pendekatan sains sukan, sudah pastinya kelemahan-kelemahan para pesilat negara dapat diatasi selain dapat melatih mereka dengan teknik-teknik yang betul.

“Apa yang paling penting ialah sistem latihan perlu sistematik dan perlu adakan post mortem setiap kali menyertai kejohanan untuk melihat kemampuan pesilat pada tahap meneurun atau meningkat.

“”Ia salah satu cara kita mengenal pasti kelemahan selain dapat memperbaiki prestasi jika latihan yang dilakukan secara sistematik,” katanya.

Artikel diambil daripada akhbar utusan 26 Feb 2007

Photobucket - Video and Image Hosting

Read Full Post »

KOTA TINGGI 25 Feb- Program Latihan Khidmat Negra (PLKN) perlu diyati kerana ia adalah pebdekatan kerajaan untuk melahirkan pemimpin muda bukan sahaja cemerlang akedemik tapi memiliki daya kepimpinan dinamik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Penawar, Dr. Mohd. Azam Rauzan berkata, secara tidak langsung program tersebut mampu membendung genjala sosial dikalangan remaja yang semakin serius kebelakangan ini.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Naziran PLKN Johor menambah, ciri-ciri latihan yang didedahkan bukan sahaja tertumpu kepada latihan fizikal sahaja tetapi turut merangkumi program rohaniah dan aspek-aspek keselamatan.

“PLKN juga merupakan pelaburan besar kerajaan yang secara khusus untuk melengkapkan generasi muda supaya betul-betul bersedia memikul tanggungjawab dan mampu bersaing dengan negara-negara maju.

“Ekoran itu, kesempatan dan peluang yang diberikan itu perlu digunakan sebaik mungkin oleh golongan remaja bukan sekadar untuk menamatkan kursus sahaja, ujuarnya lagi.

Mohd. Azam memberi peringatan itu ketika melawat Kem Desaru Gerak Khas, Kota Tinggi, dekat sini semalam.

Kem Desaru Gerak Khas menempatkan seramai 462 pelatih sesi pengambilan sesi 1/2007 yang akan berakhir pada pertengahan bulan Mac ini.

Beliau berkata, usaha kerajaan memperkenalkan PLKN semakin diterima baik oleh masyarakat dengan jumlah yang mengikutinya terus meningkat dan bertambah ramai.

Artikel diambil daripada akhbar Utusan 26 Feb 2007

Read Full Post »

20-25 Februari 2007– Majlis Perasmian Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan 2007  telah berlangsung di Stadium  Tertutup Bandaraya Johor Bahru. Program ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dengan kerjasama Kerajaaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor.

Antara objektif ialah:-

  • Memilih atlit beribawa dari seluruh negara yang akan membawa Cabaran Negara  ke Kejohanan Silat Antarabangsa di Singapura pada bulan March 2007.
  • Memartabatkan silat sebagai satu sukan dan warisan Negara yang boleh membentuk budaya serta displin Remaja dan Belia melalui aktiviti Sukan dan Kebudayaan.
  • Mempupuk semangat setia kawan melalui perhubungan sukan dan aktiviti yang dijalankan.
  • Memperlihatkan silat sebagai seni mempertahankan diri yang harus di ceburi khususnya bagi setiap belia melayu.
  • Menjadikan ianya  salah satu sukan utama bukan sahaja boleh  menarik para pelancong untuk datang ke Negeri Johor Khususnya dari Sebarang Tambak.

Dari segi penyertaan pula :-

  • Penyertaan bagi kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan ini akan disertai oleh 15 buah Negeri dan 4 Badan Pendiri dengan jumlah penyertaan peserta seramai lebih kurang 700 orang.

Upacara Perasmian oleh Y.A.B Dato’ Hj. Abdul. Ghani bin Othman Menteri Besar Johor dan ucapan penutup oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Presiden PESAKA Malaysia.

Photobucket - Video and Image Hosting

Read Full Post »

JOHOR BAHRU 13 Feb- Pertubuhan-pertbuhan belia di negeri Johor disaran menggerakkan langkah-langkah tertentu yang dapat melahirkan pemimpin berwawasan untuk memacu negara pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Aziz Kaprawi berkata, pihaknya menyedari pembangunan insaniah perlu digerakansetiap masa dalam memastikan setiap pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan sengan jayanya.

“Program ke aarah melahirkan pemimpin belia yang dinamik, progresif dan bersatu padu amat sinonim dengan proses pembentukan pemimpin masyarakat dan pemimpin pelapis untuk mentadbir negara.

“Seharusnya, pergerakan belia diberi persiapan yang sepenuhnya dalam mentadbir dan menguruskan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Konvensyen Belia Johor dan Majlis Perasmian Perundingan Belia Negeri Johor 2007 di Hotel Sofitel, Senai di sini semalam.

Menurut beliau, berdasarkan perangkaan terkini, sejumlah 34,194 pertubuhan kini bernaung di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang merangkumi pertubuhan keagamaan, kebajikan masyarakat, sosial, wanita, rekreasi, kebudayaan dan pendidikan.

Jelasnya, penubuhan Majlis Perundingan Belia negeri Johor dilihat dapat membantu menyelaras dan menggerakan pertubuhan-pertubuhan belia di negeri ini secara proaktif dan meyeluruh.

“Majlis Perundingan Belia ibarat Parlimen kecil dalam menggembleng segala sumber yang ada, sama ada tenaga, kepakaran, kemudahan dan kawangan bagi menjalankan program jangka pendek dan panjang untuk faedah golongan belia,” katanya.

Aziz menambah, kehebatan pergerakan belia merupakan natijah daripada toleransi, kerjasama dan persafahaman yang terjalain di antara kerajaan dengan organisasi belia,” katanya.

Aziz menambah, kehebatan pergerakan belia merupakan natijah daripada toleransi, kerjasama dan persafahaman yang terjalin dianatara kerajaan dengan organisasi-organisasi belia sehingga mewujudkan perkongsian pintar.

Artikel diambil daripada akhbar Utusan 14 Feb 2007

Read Full Post »

Older Posts »