Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2007

JOHOR BAHRU 4 April- Seluruh lapisan masyarakat diminta hadir pada Karnival Jom Centre peringkat daerah Johor Bahru yang diadakan selam tiga hari mulai jumaat ini. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan yang berlangsung di IOI Mall, Kulai itu akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, A. Jabar md. Tahir. Pegawai Promosi dan Media, Jabatan Belia dan Sukan, Tunaim Satimanberkata, karnival itu bertujuan mendekati golongan remaja dan belia serta memberi pendedahan tentang maklumat pekerjaan terkini dan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh mereka. Katanya, bagi memeriahkan karnival itu beberapa acara persembahan artis jemputan, persembahan kebudayaan dari Persatuan Kebudayaan Sathya Bab dan Sokka Gakai. Selain itu, beberapa gerai pemeran daripada agensi-agensi kerajaan, pertandingan karaoke dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung karnival itu boleh menghubungi Tunaim di talain 012-7428129.

Artikel diambil daripada akhbar Utusan 5 April 2007

Advertisements

Read Full Post »

11.gif   oleh EFFANORZILA RASHID

Bagi meningkatkan  semangat kesukanan  di kalangan  penduduk di negeri Johor, satu rancangan khas  mengenai info sukan  telah diterbitkan  dan akan ke udara menerusi JOHORfm.

Rancangan yang ditaja oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), kelab  bola sepak Johor FC dan Johor Pasir Gudang  akan ke udara pada setiap hari Rabu  selama 30 minit bermula  pukul 5.30 petang.

Peneferusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Neger, Aziz Kaprawi berkata, rancangan ini merupakan satu platform  yang baik kepada peminat  sukan negeri Johor secara umumnya untuk mendapatkan segala informasi  dan maklumat mengenai aktiviti sukan yang sedang berlangsung melalui JOHORfm.

“Usaha MSNJ dan pasukan bolasepak Johor FC dan Johor Pasir Gidang menaja rancangan seumpama  ini, mampu menarik minat pendengar  kepada aktiviti sukan di negeri Johor khususnya dalam membentuk  sokongan  kepada kedua-dua  pasukan bola sepak itu.

“Disamping itu, kegiatan-kegiatan  di bawah keloaan MSNJ juga dapat diketahui umum menerusi rancangan info sukan ini,” katanya ketika ditemui selepas  merasmikan  rancangan itu di JohorFM baru-baru ini.

Tambahnya lagi, dengan adanya rancangan ini ia akan dapat menyalurkan maklumat berhubung  sesuatu acara sukan yang bakal atau  sedang berlangsung dengan lebih jelas lagi.

Sementara itu, Penerbit Rancangan Info Sukan JOHORfm, Zainal Abidin Yusof berkata, komen daripada pendengar terhadap rancangan itu  diperlukan untuk memantapkan lagi pengisian isi kandungan rancangan terbabit.

“Saya hrap rancangan ini mampu mencapai matlamatnya untuk merancakkan lagi perkembangan sukan di negeri Johordan pemangkin kepada kesedaran tentang perjuangan Atlet Johor dalam SUKMA 2008 di Terengganu Kelak.”

Artikel diambil daripada akhbar KOSMO 4 April 2007

Read Full Post »