Feeds:
Kiriman
Komen-komen

11 Mac 2007- Pelancaran Program Ingin bersama rakyat telah diadakan di kampung Parit Rasipan, Parit Raja Batu Pahat yang telah dilancarkan oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hj Aziz (Parlimen Sri Gading). Turut hadir bersama Y.B Tuan Haji Ab. Aziz bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Parit Raja bersama isteri.

Program ini disertai oleh orang kampung dan masyarakat tempatan. Program ini adalah sebagai platform masyarakat tempatan untuk berjumpa pemimpin dan mengutarakan masalah mereka.

Atucara sepanjang program berkenaan :-

  • Pada sebelah pagi senaman J-Robik bersama pemimpin dan rakyat.
  • Majlis Perasmian oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hj Aziz (Parlimen Sri Gading)
  • Majlis gotong-royong dirumah keluarga miskin di kampung Parit Rasipan.
  • Majlis Penyampaian kepada warga miskin yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Ab Aziz bin Kaprawi.
  • Pertandingan memasak dab mewarna yang telah dilakukan oleh penduduk kampung
  • Pada sebelah petang Majlis Penyampaian dan cabutan nombor bertuah.

Gambar aktiviti sepanjang Program berkenaan:-

p3116749.JPGp3116755.JPGp3116772.JPGp3116775.JPGp3116785.JPGp3116790.JPGp3116964.JPGp3116966.JPGp3116926.JPGp3116844.JPGp3116880.JPGp3116905.JPG

10 Mac- 2007 Majlis Perasmian Stesen Minyak Petronas Panchor telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj. Ab Aziz bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap ADUN kawasan Parit Raja.

Turut hadir bersama wakil-wakil daripada stesen minyak pertonas yang mengiringi Yang Berhormat serta penduduk tempatan kawasn berkenaan.

Gambar semasa Majlis Perasmian Pembukaan Stesen Minyak Petronas

p3106675.JPGp3106736.JPGp3106643.JPGp3106645.JPGp3106650.JPGp3106663.JPGp3106703.JPGp3106728.JPG

Lebih sepuluh buah negara lauar dijangka menyertai Temasya Sukan Johor Bahru International Challange 2007 (JBIC2007) yang akan daiadakan pada 26 Jun hingga 1 Julai depan.

Kejohanan anjuran Majlis Bnadaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri johor (MSNJ) itu melibatkan  13 acara dan berkonsepkan pesta sukan.

Antar sukan yang dipertandingkan ialah ragbi, tinju, lawan pedang, judo, memanah, hoki, bowling, sepak takraw, tekwondo, lumba basikal, bola sepak, kriket dan bowling padang.

Kecuali memanah dan tinju, semua acara lain akan disertai oleh negara lauar seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Australia, Vietnam, Qatar, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea, Iran, Pakistan dan India.

Pengerusi kejohanan, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir berkata, objektif utama  menganjurkan sukan yang dianggap terbesar di bandarraya ini alah untuk memberi pendedahan  kepada rakyat tentang pertandingan sukan bertaraf  antarabangsa khsusnya rakyat Johor.

“Melalui kejohanan seperti ini, kita juga dapat memebri pendedahan kepada pegawai sukan tempatan dalam mengelolakan sukan bertaraf antarabangsa. Malah, ia dapat juga mendedahkan  atlet tempatan dengan budaya sukan atlet luar negara.

“Selain itu, matlamat kami juga ialah untuk menjadikan negeri  Johor sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa sempena sambutan Tahun Melawat Malysia 2007.” katanya.

Pada masa sama, Mohd Naim memaklumkan penyertaan masih lagi dibuka kepada  mana-mana kelab atau persatuan di negara ini untuk menyertai JBIC2007 dengan menghubungi sekateriat kejoahanan di MBJB atau perunding yang dilantik, United Event Managment di talaian 07-3336155.

Mohd. Naim menjangkakan sepanjang kejohanan tersebut nanti, Bandaraya Johor Bahru bakal menjadi tumpuan orang ramai termasuklah pelancong asing. Kesempatan tersebut akan turut diambil untuk mempromosikan Johor di mata dunia terutama kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Artikel diambil daripada akhbar kosmo 10 Mac 2007 

Oleh SAHLIZAH MOHAMED

KEMERIAHAN Kejohanan Badminton Asia  (ABC) yang diadakan di Johor tahun lalu bakal berulang apabila negeri itu sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah untuk edisi tahun ini.

Kejohanan berpestij itu bakal  berlangsung dari 10 hingga 15 April  ini dio Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Aziz Kaprawi berkata, sebanyak 15 negara dijangka menyertai kejohanan ini berbanding 19 negara tahun lalu.

“Setakat ini, hanya 10 daripada 23 buah negara yang telah dijemput telah mengesahkan  kehadiran mereka sebelum tarikh tutup penyertaan pada 26 Mac ini.

“Kejohanan ini yang menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak AS$125,00 (RM437,500) akan menyaksikan lima kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, bergu lelaki dan wanita serta bergu campuran,” katanya.

Kejohanan itu turut menawarkan mata dalam sirkit dunia dan bakal meyaksikan penyertaan bergu sensai  negara yang menjuarai kejohanan  Seluruh England, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan juara bertahan perseorangan lelaki, Lee Chong Wei.

Menurut Aziz, Johor Bahru telah diberikan  penghormatan  untuk menganjurkan Kejoahanan ABC buat tahun kedua  berturut-turut selepas  berjaya melakukannya dengan cemerlang tahun lalu.

Secara tidak langsung menerusi kejohanan ini, bandar raya Johor Bahru akan menjadi tumpuan pelancongan dan peminat-peminat sukan badminton dari dalam dan luar negara.

“Saya harap warga Johor tidak akan melepaskan  kesempatan ini untuk melihat secara dekat jaguh-jaguh dunia bersaing dalam  merebut kejuaraan  ABC di Johor Bahru,”katanya ketika  ditemui  di Bilik Gerakan TunRazak, Bangunan Sultan Ibrahim semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Badminton Negeri Johor, Hashim Haron dan juga Pengurus Besar Persatuan Badminton (BAM), kENNY gOH.

Artikel diambil daripada akhbar KOSMO 13 MAC 2007)

Photobucket - Video and Image Hosting

Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Sri Gading Kali ke-26 tahun 2007 telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Ab. Aziz bin Kaprawi Exco Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap Naib Ketua Umno Bahagian Sri Gading.

Antara aktiviti yang diadakan pada 10 Februari 2007:-

Acara merentas desa,

href=”http://photobucket.com/” target=”_blank”>

Photobucket - Video and Image Hosting

Sukantara 15-16 Februari

Photobucket - Video and Image Hosting

Sukantara

Oleh ASRON MUSTAPHA

Johor membuktikan kehebatan dalam sukan tinju apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Tinju Amatur Antarabangsa Sijori di Batam, Indonesia dengan mememungut empat pingat emas daripada 6 aksi akhir.

Apa yang lebih membanggakan ialah skuad yang dihantar untuk membawa cabaran tersebut merupakan petinju pelapis yang akan membawa cabaran Johor pada sukan Malaysia (SUKMA) di Terengganu tahun depan.

Skuad yang mendapat jolokan Hraimau Selatan yang mewakili Malaysia A dalam kejohanan itu, turut melakar sejarah apabila Mohd Ali Karim, 17, muncul sebagai petinju berpengalaman dan pemenang pingat Perak Sukan SEA di Manila, Rionando Butar Butar dari Indonesia pada aksi akhir yang mendebarkan.

Pingat emas Johor disumbang oleh Jayaraman Suriamurti, 18, kategori 45 kilogram) Faizal Mat Noor 22, (Kategori 64 Kilogram), Prabakaran Balo, 18,(kategori 69 Kilogaram), sementara dua perak pula disumbangkan oleh Mohd. Ali Karim , 17, (kategori 51 kilogram) dan awang Afendi , 19, (kategori 54 kilogram).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Aziz Kaprawi berkata, skuad Johor kini berada di landasan yang terbaik untuk meraih lebih banyak kejayaan pada Sukma akan datang berbanding dua emas yang diraih pada temasya lalu di Kedah.

“Kejayaan ini membuktikan kerjasama yang erat antara Persatuan Tinju Negeri Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dalam membentuk atlet pelapis yang bakal mengharumkan nama negara di masa akan datang.

“Kemenangan ini juga membuktikan kesungguhan Johor membangunkan sukan untuk mencul sebagai kuasa sukan menjelang tahun 2010,” katanya semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Tinju Johor, Mohd Harun Ismail menjelaskan kejohanan Sijori itu merupakan satu pendedahan awal kepada petinju muda negeri ini.

“Kami pada awalnya tidak meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan kerana sedar cabaran hebat daripada pasukan Indonesia tetapi bersyukur kerana daripada enam aksi akhir empat membuahkan emas,” ujarnya.

Artikel diambil akhbar KOSMO 28 Februari 2007

href=”http://photobucket.com/” target=”_blank”>Photobucket - Video and Image Hosting

BATU PAHAT 26 Feb- Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang akan menjadikan kelab-kelab sukan di kawasan itu sebagai wadah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin belia di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri-nya, Datuk Shamsul Bahri Jumari berkata, buat masa ini terdapat 35 buah kelab sukan yang bergerak cergas di kawasan itu menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya sepak takraw, futsal dan bola keranjang.

Katanya, daripada jumlah tersebut diharapkan dapat melahirkan sekurangnya-kurangnya 50 pemimpin dikalangan belia.

“Kita mahu melahirkan kepimpinan di peringkat kelab yang dapat memahami inspirasi remaja,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Anugerah pertandingan Sukan Kelab-Kelab Johor DUN Semarang 2006 di Ayer Hitam di sini malam semalam.

Menurutnya Shamsul Bahri lagi, dengan tertubuhnya banyak kelab sukan di DUN Semarang, beliau yakin ia akan menarik lebih ramai ahli terdiri daripada golongan belia menyertainya.

Beliau berkata, secara tidak langsung ia akan meningkatkan penglibatan belia di dalam persatuan sekali gus mengembangkan program keilmuan dan menerapkan nilai-nilai yang baik.

Mengenai soal usia, shamsul Bahri berpendapat pemimpin di peringkat itu tidak perlu dihadkan umur mereka mahupun membataskan kepada golongan profesional.

Beliau berkata, apa yang penting ialah sesiapa sahaja yang dipilih itu perlu mempunyai daya kepimpinan dan boleh diterima oleh golongan belia.

Dalam hal ini, katanya, pemimpin-pemimpin yang bakal dilahirkan itu kelak akan lebih komited dalam menggerakkan aktiviti di peringkat akar umbi.

“Adalah diharapkan usaha ini akan mendapat sokongan daripada pejabat belia dan kementerrian berkaitan,” katanya.

Shamsul Bahri berkata lagi, kelab-kelab sukan tersebut juga mempunyai potensi untuk dikembangkan kepada biodang-bidang lain khususnya keusahawanan.

Artikel diambil daripada akhbar Utusan 27 Feb 2007