Feeds:
Kiriman
Komen-komen

JOHOR BAHRU 4 April- Seluruh lapisan masyarakat diminta hadir pada Karnival Jom Centre peringkat daerah Johor Bahru yang diadakan selam tiga hari mulai jumaat ini. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan yang berlangsung di IOI Mall, Kulai itu akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, A. Jabar md. Tahir. Pegawai Promosi dan Media, Jabatan Belia dan Sukan, Tunaim Satimanberkata, karnival itu bertujuan mendekati golongan remaja dan belia serta memberi pendedahan tentang maklumat pekerjaan terkini dan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh mereka. Katanya, bagi memeriahkan karnival itu beberapa acara persembahan artis jemputan, persembahan kebudayaan dari Persatuan Kebudayaan Sathya Bab dan Sokka Gakai. Selain itu, beberapa gerai pemeran daripada agensi-agensi kerajaan, pertandingan karaoke dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga diadakan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung karnival itu boleh menghubungi Tunaim di talain 012-7428129.

Artikel diambil daripada akhbar Utusan 5 April 2007

11.gif   oleh EFFANORZILA RASHID

Bagi meningkatkan  semangat kesukanan  di kalangan  penduduk di negeri Johor, satu rancangan khas  mengenai info sukan  telah diterbitkan  dan akan ke udara menerusi JOHORfm.

Rancangan yang ditaja oleh Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), kelab  bola sepak Johor FC dan Johor Pasir Gudang  akan ke udara pada setiap hari Rabu  selama 30 minit bermula  pukul 5.30 petang.

Peneferusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Neger, Aziz Kaprawi berkata, rancangan ini merupakan satu platform  yang baik kepada peminat  sukan negeri Johor secara umumnya untuk mendapatkan segala informasi  dan maklumat mengenai aktiviti sukan yang sedang berlangsung melalui JOHORfm.

“Usaha MSNJ dan pasukan bolasepak Johor FC dan Johor Pasir Gidang menaja rancangan seumpama  ini, mampu menarik minat pendengar  kepada aktiviti sukan di negeri Johor khususnya dalam membentuk  sokongan  kepada kedua-dua  pasukan bola sepak itu.

“Disamping itu, kegiatan-kegiatan  di bawah keloaan MSNJ juga dapat diketahui umum menerusi rancangan info sukan ini,” katanya ketika ditemui selepas  merasmikan  rancangan itu di JohorFM baru-baru ini.

Tambahnya lagi, dengan adanya rancangan ini ia akan dapat menyalurkan maklumat berhubung  sesuatu acara sukan yang bakal atau  sedang berlangsung dengan lebih jelas lagi.

Sementara itu, Penerbit Rancangan Info Sukan JOHORfm, Zainal Abidin Yusof berkata, komen daripada pendengar terhadap rancangan itu  diperlukan untuk memantapkan lagi pengisian isi kandungan rancangan terbabit.

“Saya hrap rancangan ini mampu mencapai matlamatnya untuk merancakkan lagi perkembangan sukan di negeri Johordan pemangkin kepada kesedaran tentang perjuangan Atlet Johor dalam SUKMA 2008 di Terengganu Kelak.”

Artikel diambil daripada akhbar KOSMO 4 April 2007

untitled-2.gif

Golongan belia perlu serius melibatkan diri dalam pelbagai program anjuran kerajaan supaya mereka peka terhadap peluang-peluang pendidikan dan pembangunan sukan yang terdapat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Abdul Aziz Kaprawi berkata, program seperti JOM Centre yang dikhususkan kepada golongan belia oleh Kementerian Belia dan Sukan bertujuan melahirkan generasi muda yang aktif dan berwawasan.

Program itu juga, katanya dilihat mampu merapatkan lagi hubungan antara kerajaan dengan golongan belia.

Sebagai contoh, program JOM Centre diadakan di beberapa daerah terpilih di Johor untuk memberi maklumat mengenai aktiviti belia dan Rakan Muda serta program berunsur hiburan dan pengetahuan.

“Untuk memajukan diri, belia sepatutnya menceburi program-program sedemikian dan ia diadakan khusus untuk membolehkan mereka bersaing dalam era pembangunan masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup program JOM Centre peringkat daerah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Muar di Dataran Tanjung Emas, di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Daerah Muar, Abdul Rahman Jaafar Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sungai Abong, Datuk Dr. Haris Salleh dan Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohd Nizar Mohd. Ali.

Seramai 1,500 belia termasuk daripada pelbagai persatuan sukan bermotor dari beberapa buah kawasan di sekitar Muardan daerah berdekatan hadir pada majlis itu.

Antara aktiviti dalam program selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu termasuk pameran daripada pelbagai agensi kerajaan antaranya Jabatan Tenaga Kerja, Pusat Giat Mara, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Penjara.

Abdul Aziz memberitahu, selain JOM Centre, Kerajaan Johor akan melancarkan Sukan Eko iaitu program yang melibatkan aktiviti lasak seperti ekspedisi mendaki gunung dan meredah hutan, tidak lama lagi.

Menurutnya, Sukan Eko itu bertujuan melahirkan golongan belia yang lebih sihat dan berwawasan selain mempunyai daya ketahanan mental fizikal serta jati diri.

Di samping itu, kata beliau, kerajaan negeri bersetuju memperuntukan sejumlah RM 50,000 bagi menaik taraf bangunan Wisma Belia yang terletak di Jalan Timbalan di sini untuk dilengkapi dengan kemudahan yang lebih moden bagi menjalankan aktiviti belia.

“Menerusi penambahan bangunan Wisma Belia itu, lebih banyak gelanggang sukan akan dibina supaya belia dapat menafaatkan pusat sukan itu untuk kegiatan yang berfaedah,” jelasnya.

Artikel Diambil daripada Akhbar Utusan 27 Mac 2007


MUAR: Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan ekspedisi jelajah gunung dalam tempoh terdekat bagi menggalakan belia di negeri ini terbabit dalam sukan lasak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Ab Aziz Kaprawi, berkata negeri ini banyak gunung yang boleh diterokai dan dijelajah serta sesuai dijadikan lokasi bag sukan lasak.

Katnya, sukan berkenaan juga sesuai bagi meningkatkan semangat dan jati diri belia di negeri ini dan diharap dapat melahirkan ahli sukan bertaraf antarabangsa yang mampu mewakili negara.

“Kita akan melancarkan ekspedisi jelajah gunung di negeri ini dalam tempoh terdekat”, katanya dalam Majlis Perasmian Karnval Jumpa Oarng Muda (Jom) Centre selam tiga hari bermula 23 Mac lalu di Tanjung Emas disini, semalam.

Karnival yang diadakan itu bagi mempromosikan pelbagai program dan menggemleng semua program belia dari pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan badan bukan kerajaan (NGO).

Ia juga diadakan bagi mengikis pandangan negaif masyarakat terhadp belia dan melahirkan golongan muda yang lebih bermaklumat serta peka dengan peluang yang disediakan.

Aziz berkata, belia mempunyai keinginan untuk melakukan aktiviti yang pelik dan dinasihatkan sebelum menganjurkan program sedemikian perlu berbincang dengan agensi yang berkaitan.

“Belia dinasihatkan jangan terjebak dalam kegiatan yang melanggar undang-undang kerana tindakan mereka boleh menyusahkan diri sendiri,” katanya.

Artikel diambil daripada akhbar Metro 26 Mac 2007

jtr.gif

Perlumbaan Eco-Games

Unit Sukan Pelancongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang baru ditubuhkan awal tahun ini memperkenalkan Perlumbaan Pengembaraan Siri Eco-Games bagi menarik peminat sukan perlumbaan lasak.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Liow Tiong Lai berkata siri perlumbaan itu merupakan anatara acara kemuncak yang dianjurkan KBS bagi menarik minat masyarakat untuk menjalankan gaya hidup sihat di samping menarik pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malysia 2007.

“Sasaran kita untuk mengajurkan perlumbaan seperti ini adalah bagi golongan belia untuk menyertai aktiviti luar di samping mampu mengelak golongan belia daripada terjebak dalam genjala sosial.

“Sukan lasak bukan saja menguji kebolehan seseorang untuk mengatasi pelbagai betuk cabaran tapi juga mempupuk semangat kesukanan secara berkumpulan mahupun individu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Perlumbaan Pengembaraan Siri Eci-Games di Kelab Tasik Putarajaya, semalam.

Liow berkata perlumbaan yang dinajurkan Max Quest Sdn. Bhd itu juga dilihat mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

“Pada masa kini, terdapaty lebih daripada 300 acara perlumbaan lasak di Amerika Syarikat dan lebih 350 acara di sekitar Eropah. Acara seumpama ini yang diadakan di New Zealand dan Amerika Syarikat telah menyumbang sebanyak AS$2.6 juta atau RM9.1 juta setahun kepada negara masing-masing,” katanya.

Konsep Eco-Games adalah berdasarkan kepada perlumbaan pengembaraan ekspedisi tanpa henti yang merangkumi pelbagai displin seperti merentas desa, berbasikal lasak, mendayung kayak dan berenang.

Perlumbaan itu merangkumi tiga siri perlumbaan dengan dua peringkat awal di tasik kenyir dan Johor Bahru merupakan perlumbaan peringkat kelayakan untuk ke perlumbaan akhir di Langkawi.

Max Quest mensasarkan penyertaan seramai 100 peserta bagi perlumbaan individu yang dikenali sebagai kategori Solo dan 70 pasukan bagi perlumbaan berpasukan yang dikenali sebagai kategori Enduro.-Bernama.

Artikel diambil daripada Akhbar Metro 23 Mac 2007

BATU PAHAT- Ahli dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Raja, Aziz Kaprawi menyeru penduduk  di kawasanya mengambil peluang dalam Program  Pemimpin Ingin Bersama Rakyat (Pringmas) untuk meluahkan apa yang tersirat.

Katanya, Pringmas diwujudkan bagi merapatkan hubungan  di antara pemimpin dengan rakyat dan wajar menjadi platform untuk mendengar segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat.

“Pringmas adalah acara tetap yang diadakan setiap minggu sama ada hari Sabtu atau Ahad. Lokasinya di semua kampung tetapi ikut giliran. Apa yang menarik, pada program tersebut, saya dan semua ketua kampung terbabit akan hadir sama.

“Jadi, jika penduduk ada masalah yang hendak dibangkitka, inilah masanya. Jangan malu untuk datang dan bersama pemimpin pada haeri tersebut,” katanya dalam program Pringmas di Kampung Parit Rasipan baru-baru ini.

Anatara pengisian Pringmas ialah senamrobik dan sesi dialog bersama pennduduk selain acara gotong- royong membersihkan kawasan kampung terbabit.

Artikel diambil daripada akhbar Kosmo 21 Mac 2007

metro.gif

Suatu bentuk tindakan perlu segera dilakukan, jika mahu mengembalikan zaman kegemilangan sukan bila sepak tanah air seperti pernah dinikmati sekitar tahun 1980-an

Penegerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Johor, Abdul Aziz Kaprawi, berkata kejayaan singapura muncul antara pasukan yang disegani rantau Asia Tenggr, wajar dicontohi.

“Kegemilangan bola sepak negara ketika wera Soh Chin Aun dan Mokhtar Dahari boleh dikembalikan, jika semua pihak terbabit berganding bahu dan berkerja keras untuk mencapai matlamat itu.

“Untuk itu, kita perlu memberi tumpuan kepada perlaksanaan program pembangunan sukan bola sepak dalam negara secara lebih menyeluruh, termasuk mencakupi peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majls perasmian Kejohanan Bola Sepak merebut Pila Ketua Polis Daerah Batu Pahat di padang Stadium Jalam Ampuan, di Batu Pahat, petang kelmarin.

Hadir sama ialah Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr JunaidyAbdul Wahab.

Sebanyak 12 pasukan dari kamalangan jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta beberapa pasukan bola sepak tempatan menyertai kejohanan diadakan sempena sambutan Hari Polis ke-200.

Mengulas kejohanan itu, ia adalah satu langkah baik yang diyakini dapat mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan masyarakt setempat.

“Saya juga ingin menyarankan supaya setiap ahli keluarga anggota polis terbabit secara aktif dalam pelbagai aktiviti sukan, terutamanya bola seoak,” kaytanya.

Pada majls itu, Abdul Aziz turut meluluskan peruntukan RM10,000 kepada polis daerah untuk membolehkan mereka melaksana beberapa program sukan di kalangan anggotanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, kejohanan anjuran pihaknya itu dijadikan platform untuk mempupuk persefahaman antara pelbagai jabatan kerajaan dengan orang ramai.

“Bagi melaksana sesuatu program seperti ini, pihak kami perlu menyediakan sejumlah perbelanjaan. Bagaimanapun, kita tidak mempunyai peruntukan cukup atau khusus untuk tujuan itu,”katanya.

Artikel diambil daripada akhbar Metro 16 Mac 2007

11 Mac 2007- Pelancaran Program Ingin bersama rakyat telah diadakan di kampung Parit Rasipan, Parit Raja Batu Pahat yang telah dilancarkan oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hj Aziz (Parlimen Sri Gading). Turut hadir bersama Y.B Tuan Haji Ab. Aziz bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap ADUN Kawasan Parit Raja bersama isteri.

Program ini disertai oleh orang kampung dan masyarakat tempatan. Program ini adalah sebagai platform masyarakat tempatan untuk berjumpa pemimpin dan mengutarakan masalah mereka.

Atucara sepanjang program berkenaan :-

  • Pada sebelah pagi senaman J-Robik bersama pemimpin dan rakyat.
  • Majlis Perasmian oleh Datuk Hj Mohamad Bin Hj Aziz (Parlimen Sri Gading)
  • Majlis gotong-royong dirumah keluarga miskin di kampung Parit Rasipan.
  • Majlis Penyampaian kepada warga miskin yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Hj Ab Aziz bin Kaprawi.
  • Pertandingan memasak dab mewarna yang telah dilakukan oleh penduduk kampung
  • Pada sebelah petang Majlis Penyampaian dan cabutan nombor bertuah.

Gambar aktiviti sepanjang Program berkenaan:-

p3116749.JPGp3116755.JPGp3116772.JPGp3116775.JPGp3116785.JPGp3116790.JPGp3116964.JPGp3116966.JPGp3116926.JPGp3116844.JPGp3116880.JPGp3116905.JPG

10 Mac- 2007 Majlis Perasmian Stesen Minyak Petronas Panchor telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj. Ab Aziz bin Kaprawi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor merangkap ADUN kawasan Parit Raja.

Turut hadir bersama wakil-wakil daripada stesen minyak pertonas yang mengiringi Yang Berhormat serta penduduk tempatan kawasn berkenaan.

Gambar semasa Majlis Perasmian Pembukaan Stesen Minyak Petronas

p3106675.JPGp3106736.JPGp3106643.JPGp3106645.JPGp3106650.JPGp3106663.JPGp3106703.JPGp3106728.JPG

Lebih sepuluh buah negara lauar dijangka menyertai Temasya Sukan Johor Bahru International Challange 2007 (JBIC2007) yang akan daiadakan pada 26 Jun hingga 1 Julai depan.

Kejohanan anjuran Majlis Bnadaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri johor (MSNJ) itu melibatkan  13 acara dan berkonsepkan pesta sukan.

Antar sukan yang dipertandingkan ialah ragbi, tinju, lawan pedang, judo, memanah, hoki, bowling, sepak takraw, tekwondo, lumba basikal, bola sepak, kriket dan bowling padang.

Kecuali memanah dan tinju, semua acara lain akan disertai oleh negara lauar seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Australia, Vietnam, Qatar, Brunei, Hong Kong, Jepun, Korea, Iran, Pakistan dan India.

Pengerusi kejohanan, Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir berkata, objektif utama  menganjurkan sukan yang dianggap terbesar di bandarraya ini alah untuk memberi pendedahan  kepada rakyat tentang pertandingan sukan bertaraf  antarabangsa khsusnya rakyat Johor.

“Melalui kejohanan seperti ini, kita juga dapat memebri pendedahan kepada pegawai sukan tempatan dalam mengelolakan sukan bertaraf antarabangsa. Malah, ia dapat juga mendedahkan  atlet tempatan dengan budaya sukan atlet luar negara.

“Selain itu, matlamat kami juga ialah untuk menjadikan negeri  Johor sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa sempena sambutan Tahun Melawat Malysia 2007.” katanya.

Pada masa sama, Mohd Naim memaklumkan penyertaan masih lagi dibuka kepada  mana-mana kelab atau persatuan di negara ini untuk menyertai JBIC2007 dengan menghubungi sekateriat kejoahanan di MBJB atau perunding yang dilantik, United Event Managment di talaian 07-3336155.

Mohd. Naim menjangkakan sepanjang kejohanan tersebut nanti, Bandaraya Johor Bahru bakal menjadi tumpuan orang ramai termasuklah pelancong asing. Kesempatan tersebut akan turut diambil untuk mempromosikan Johor di mata dunia terutama kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Artikel diambil daripada akhbar kosmo 10 Mac 2007